Friday, October 21, 2005

Salah Satu Proses Yang Boleh Menyulitkan Waris-Waris Dalam Pengurusan Harta Pusaka

PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR DAN PROBET DI MAHKAMAH

PENGENALAN
a) Surat Kuasa Mentadbir/Probet diperlukan bagi membolehkan harta pusaka simati ditadbir menurut undang-undang.
b) Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan kepada seseorang waris di mana simati tidak meninggalkan wasiat.
c) Probet pula dikeluarkan kepada seseorang yang dinamakan sebagai wasi di dalam wasiat simati.

DI MANA PERMOHONAN DIBUAT
Jika nilai harta simati melebihi RM600,000 permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi yang berhampiran. (Sebaliknya jika nilai harta tidak melebihi RM600,000 permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah di mana sebahagian besar harta simati terletak).

BAGAIMANA PERMOHONAN DIBUAT
Permohonan dibuat dengan memfailkan petisyen dalam dua salinan mengikut Borang 168 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (yang mana berkenaan).

APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KETIKA MEMBUAT PERMOHONAN
- Sijil Kematian Asal
- Senarai harta dan hutang simati
- Senarai waris kadim simati
- Wasiat simati (jika berkaitan)
- Surat Sumpah (Afidavit) saksi kepada wasiat (jika berkaitan)
- Penolakan dalam Borang 169 (jika berkaitan)

PERBICARAAN
Permohonan mesti hadir pada tarikh bicara dengan membawa Kad Pengenalan.
Jika Mahkamah membenarkan permohonan, Mahkamah akan kemudiannya menghantar surat kepada pemohon supaya membuat bayaran yang perlu sebelum Surat Kuasa Mentadbir/Probet dikeluarkan.

BERAPAKAH BAYARAN YANG DIKENAKAN UNTUK PERMOHONAN
Petisyen … … RM80.00
Afidavit … … RM 8.00
Bayaran yang berikut adalah juga dikenakan untuk pengeluaran geran Surat Kuasa Mentadbir/Probet:
Sumpah Pentadbiran … RM 10.00
Pengeluaran Geran … RM200.00 (bagi kematian selepas 1.11.91)
Bagi kematian sebelum 1.11.91, kadar bayaran adalah tertakluk kepada Perakuan dari Pejabat Duti Harta Pusaka.

LAIN-LAIN
Selain daripada Surat Kuasa Mentadbir/Probet yang disebutkan di atas, terdapat juga permohonan yang berikut:
a) SURAT KUASA MENTADBIR DENGAN WASIAT TERLAMPIR (bagi kes-kes di mana simati tidak menamakan wasi di dalam wasiatnya.)

b) SURAT KUASA MENTADBIR DEBONIS NON (bagi kes-kes di mana seseorang yang telah diberi Surat Kuasa Mentadbir meninggal dunia sebelum harta pusaka simati dapat ditadbir.)
c) SURAT KUASA MENTADBIR OLEH PERBADANAN AMANAH ( bagi permohonan yang dibuat oleh syarikat-syarikat amanah.)

d) PEMETERAIAN SEMULA SURAT KUASA MENTADBIR/PROBET (iaitu permohonan untuk memeterai semula Surat Kuasa Mentadbir/Probet yang telah dikeluarkan oleh mana-mana simati mempunyai harta di Malaysia.)

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY)

Apakah Surat Kuasa Wakil
Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) ialah suatu instrumen atau dokumen perjanjian atau akaun berkanun di mana Pemberi Kuasa mewakilkan kuasanya kepada pihak tertentu (Penerima Kuasa Wakil) untuk sesuatu tujuan tertentu atau am dan mengikat kedua-dua belah pihak serta boleh dikuatkuasakan menurut undang-undangnya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (Akta).

Bahasa Surat Kuasa Wakil Yang Boleh Didaftarkan.
a) Di bawah Akta suatu Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
b) Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkamah atau melalui Akuan Berkanun (Statutory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu ditulis.

Bahasa Surat Kuasa Yang Boleh Didaftarkan.
a) Di bawah Akta suatu Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
b) Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkmah atau melalui Akuan Berkanun (Statory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu itu ditulis.

Pengesahan Tandatangan/Akusaksi Ke Atas Surat Kuasa Wakil
a) Ditandatangani di Malaysia Barat
Jika Surat Kuasa Wakil dilaksanakan di Malaysia Barat, ia hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai berikut:
Majistret Jaksa Pendamai Pentadbir Tanah Penyaksi Awam Pesuruhjaya Sumpah Peguambela dan Peguamcara yang beramal di Malaysia Barat Pegawai Syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang didaftarkan di bawah Undang-Undang bertulis Malaysia.

b) Ditandatangani di Luar Malaysia Barat
Jika Surat Kuasa Wakil tersebut dilaksanakan di luar Malaysia Barat, ianya hendaklah disaksikan oleh mana-mana pegawai berikut:
Penyaksi Awam Pesuruhjaya Sumpah Mana-mana Hakim Majistret Konsul British atau Timbalan Konsul Wakil kepada Ratu Britain Mana-mana Pegawai Konsular Malaysia di luar negara Pesuruhjaya Haji, jika dilaksanakan di Saudi Arabia Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Agong Singapura atau pegawai syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan oleh dan di bawah Undang-Undang bertulis Republik berkenaan.

Bagaimana Bentuk Pengesahan Harus Dibuat
Seksyen 3 dan Jadual Pertama Akta Surat Kuasa Wakil 1949 memperuntukkan bentuk pengesahan adalah seperti berikut:
a) Jika dilaksanakan oleh Individu
Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 1, Jadual Pertama Akta.

b) Jika dilaksanakan oleh Syarikat
Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 11, Jadual Pertama Akta.

Setiap Surat Kuala Wakil yang lengkap seharusnya disetemkan terlebih dahulu di Pejabat Hasil dan Setem di negeri-negeri Malaysia Barat sebelum dikemukakan untuk pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Malaya.

Cara Pendaftaran Surat Kuasa Wakil
a) Melalui Peguam
Kedua-dua pemberi dan penerima kuasa wakil boleh diwakili oleh Peguam dalam urusan pendaftaran.

b) Sendiri
Pihak-pihak juga boleh hadir sendiri di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada waktu pejabat dan mengemukakannya di Kaunter Perkhidmatan bagi urusan pendaftaran Surat Kuasa

c)Wakil. (Setiap pendaftaran Surat Kuasa Wakil mestilah disertakan Borang 78 yang diisi dengan lengkap)

Bayaran Pendaftaran Surat Kuasa Wakil
Pendaftaran asas Surat RM25.00 Kuasa Wakil Setiap folio (100 patah RM 0.50 perkataan) Salinan pejabat atau salinan RM10.00 diakui

Pembatalan Surat Kuasa Wakil
a) Melalui Notis Pembatalan
Setiap instrumen yang memberi kuasa wakil di mana salinan telah disimpan atau didaftarkan di pejabat Penolong Kanan Pendaftar menurut Akta hendaklah terus berkuatkuasa sehinggalah:

Notis bertulis mengenai pembatalannya diterima daripada pemberikuasa Notis bertulis mengenai pelepasannya diterima daripada penerima kuasa Pemberi atau penerima kuasa meninggal dunia Penerima kuasa menjadi tidak siuman Pemberi kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman Pemberi kuasa diisytiharkan bankrap

Setiap notis pembatalan hendaklah difailkan bersama salinan asal Surat Kuasa Wakil yang hendak dibatalkan. Setiap pendaftaran pembatalan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10/- bagi tujuan pemprosesannya.

Surat Kuasa Wakil Kekal
a) Surat Kuasa Wakil kekal (Irrevocable Power of Attorney) ialah di mana dinyatakan samada

b) Surat Kuasa Wakil tersebut “Kekal” atau “Tidak boleh terbatal untuk tempoh tertentu” (Irrevocable for fixed time),tidak akan terbatal dengan kematian pihak-pihak, tidak siuman atau kebankrapan dan sebagainya.

Peringatan
Risalah ini hanya maklumat secara am mengenai Suat Kuasa Wakil dan cara mendaftarkannya seperti yang digambarkan adalah secara ringkas serta tertakluk kepada pindaan akta dan peraturan semasanya.


(dipetik dari www.kehakiman.gov.my)