Friday, December 16, 2005

Mengapa perlu buat hibah? Kenapa tidak terus melakukan pertukaran nama bagi harta tak alih? (Kes melibatkan anak angkat)

Cth: Seorang bapa ingin memberi rumahnya kepada anak angkat

Dokumen pengisytiharan hibah dan surat ikatan amanah penting kerana ia menerangkan tentang hak2 bapa terhadap rumah itu selagi ada hayat. Jika si bapa terus tukar nama kepada si anak angkat, si bapa tiada lagi hak ke atas rumah itu. Si anak boleh memperlakukan apa sahaja contohnya menjual rumah itu walaupun ketika itu bapanya masih hidup dan menetap di situ.
Dan jika sudah tukar nama, bayangkan sekiranya si anak angkat meninggal dahulu dari si bapa. Rumah itu akan automatically jadi harta pusaka si anak angkat dan mengikut faraid, si bapa tiada hak ke atas harta pusaka si anak angkat.

Dengan adanya dokumen pengisytiharan hibah dan surat ikatan amanah, hakmilik rumah itu akan sentiasa menjadi milik si bapa selagi hidup. Jika si anak angkat meninggal dunia, hibah itu akan terbatal dan rumah masih kekal milik si bapa.
FYI, dokumen2 tersebut akan didaftarkan di pejabat tanah bagi memudahkan urusan bila berlaku kematian.