Wednesday, February 22, 2006

Penulis Wasiat

Kepada yang bertanya, sila email terus ke azlinabas@gmail.com atau hubungi saya di talian 019-2266181
Sekian..

Sunday, February 19, 2006

Akaun Simpanan di Bank, Tabung Haji & sebagainya...

Ingin dimaklumkan di sini bahawa apabila seseorang itu meninggal, segala akaun-akaun simpanan di bank2, tabung haji, asb dan sebagainya akan dibekukan melainkan ada membuat penamaan atau peninggalan dokumen wasiat.
Sekiranya tiada membuat penamaan ataupun meninggalkan dokumen wasiat, harta2 tersebut akan dibekukan.

Kes yang ada buat penamaan:
  1. Harta2 tersebut akan diserahkan kepada penama dengan syarat-syarat tertentu.
  2. Harta2 yang diserahkan kepada penama hendaklah dibahagikan kepada waris2 yang sah dan layak mengikut faraid.
  3. Penama2 yang dipertanggungjawabkan membuat pembahagian mengikut faraid sangat cenderung tidak bertanggungjawab melaksanakannya.

Kes yang ada meninggalkan dokumen wasiat:

  1. Harta2 tersebut akan diserahkan kepada Wasi yang dilantik melalui dokumen wasiat (sebaik2nya badan / pihak yang tiada kepentingan kepada harta pusaka si mati, contoh terbaik ialah Amanah Raya Berhad) dan seterusnya diselesaikan dahulu hutang2 si mati, harta sepencarian dan wasiyyah (1/3). Barulah kemudian diagihkan harta2 tersebut mengikut ketetapan yang dinyatakan dalam wasiat.